Ahlan Wa Sahlan ke Pusat Terapi Islam Al-Aufa......................... Admin: Maaf, Blog Masih Dalam Proses Penyelenggaraan

Tuesday, December 17, 2013

Definisi Bekam

Hijamah atau bekam adalah pengeluaran darah dari kulit dengan jalan penghisapan kemudian penyayatan ringan pada kulit bagian luar kemudian penghisapan sekali lagi, sehingga darah keluar.

Sunday, December 8, 2013

::BEKAM::REFLEKSOLOGI::KIROPRAKTIK::
SUNGAI KELADI, PASIR MAS, KELANTAN. NO HP:0132966257

::.. AKAL YANG SIHAT PADA TUBUH YANG SIHAT ..::


HARGAILAH KESIHATAN ANDA SEMOGA KECERDASAN KEKAL BERPANJANGAN 

BERSAMA KAMI DI : 
PUSAT TERAPI AL-AUFA

Rujukan Kesihatan Anda

PERKHIDMATAN TERAPI AL-AUFA

PERKHIDMATAN TERAPI AL-AUFA

1. TERAPI BEKAM UNTUK DARAH TINGGI

2. TERAPI BEKAM UNTUK RESDUNG

3. TERAPI BEKAM UNTUK DIABETIS

4. TERAPI BEKAM UNTUK ATRITIS (GOUT)

5. TERAPI BEKAM UNTUK MIGRAIN

6. TERAPI BEKAM UNTUK TUBUH SIHAT

7. TERAPI BEKAM UNTUK JERAWAT BERNANAH

8. TERAPI BEKAM UNTUK SEMBELIT

9. TERAPI BEKAM UNTUK BUASIR

10. TERAPI BEKAM UNTUK CERDAS MINDA

11. TERAPI BEKAM UNTUK DARAH RENDAH

12. TERAPI BEKAM UNTUK KANSER TAHAP 1 DAN 2

13. TERAPI BEKAM UNTUK HILANG KEBAS

14. TERAPI BEKAM UNTUK STROK

15. TERAPI BEKAM UNTUK PESAKIT SELEPAS KEMALANGAN JALAN RAYA

16. TERAPI BEKAM UNTUK KULIT GATAL

17. TERAPI BEKAM UNTUK SAKIT PINGGANG

18. TERAPI BEKAM UNTUK RABUN

19. TERAPI BEKAM UNTUK RAMBUT GUGUR

20. TERAPI BEKAM UNTUK SIROSIS HATI(PENYAKIT KUNING)

21. TERAPI REFLEKSOLOGI UNTUK KESIHATAN TUBUH SECARA UMUM

22. TERAPI KIROPRAKTIK UNTUK KESIHATAN TUBUH SECARA UMUM

23. TERAPI URUT TRADISIONAL

KAMI JUGA MENJUAL:

1. ALAT BEKAM 12 CUP (1 SET)

2. ALAT AUTO KLIK UNTUK JARUM BEKAM

3. JARUM STERIL

4. MESIN BEKAM TANPA CUKUR RAMBUT

5. SELIPAR REFLEKSOLOGI

PERKHIDMATAN KURSUS BEKAM

KHUSUS UNTUK PERSATUAN/PERTUBUHAN/NGO/MASJID/PERSENDIRIAN YANG MAHU MEMPELAJARI ILMU TERAPI BEKAM.

SLOT KURSUS MELIPUTI : 1. KENAPA PERLUNYA BEKAM 2. SISTEM IMUN MANUSIA 3. DARAH NORMAL VS DARAH BEKAM 4. PRAKTIKAL BEKAM

MASA KURSUS : 5 JAM BERSAMA

SIJIL DISEDIAKAN

Monday, November 4, 2013

BEKAM, CARA PENYEMBUHAN YANG AJAIB

Sekian lama saya meninggalkan dunia penulisan melalui blog dek kerana kesibukan yang menjadi penghalang kini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit perkongsian dalam ilmu perubatan bekam. Para pembaca yang setia, saya ingin menguatkan lagi keyakinan saudara/i tentang hadis yang berbunyi:

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Apa yang kita dapat ambil dari hadis diatas adalah tertumpu pada “kesembuhan”, iaitu kesembuhan sesuatu penyakit boleh berlaku atas sebab seorang pesakit itu berbekam kerana Allah. Penting untuk saudara/i meletakkan kesembuhan itu hak mutlak yang hanya boleh dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang percaya. Dan Allah melalui sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa salah satu cara kesembuhan boleh berlaku dengan cara berbekam.

Bekam merupakan satu kaedah pengubatan yang semakin popular di negara kita ini bahkan kajian-kajian oleh sarjana barat mengenainya telah pun berkembang pesat, dan mereka sedang mengamalkan pengubatan ini seiring dengan pengubatan moden. Mereka mempercayai bekam merupakan cara penyembuhan yang ajaib. Mereka telah mengkajinya dan mereka telah menguasainya melebihi kita ummat islam di Malaysia.

Para pembaca yang budiman, bagaimana mungkin seorang yang tidak mengerti tentang hadis Nabi, dan tidak mempelajari ilmu-ilmu islam, tiba-tiba dengan penuh keyakinan membuka klinik-klinik kesihatan di Amerika dan di negara-negara barat dan mengamalkan pengubatan dengan bekam?. Jika difikirkan, pastinya anda akan mengatakan, ada rahsia yang besar disebalik perubatan itu. Adakah mereka telah mencapai satu keyakinan bahawa bekam telah menjangkaui perubatan-perubatan moden kini?. Hal ini telah terjawab. Doktor Said Syukri(Doktor Pakar THT dari Fakulti Kedoktoran di Universiti Ohio Amerika) berkata: manusia sekarang mengalami berbagai kesengsaraan akibat ubat-ubat kimia. Orang-orang barat mengambil iktibar dari kenyataan ini dan membuat banyak kajian tentang perubatan alternatif dan mendapati perubatan Tibbun Nabawi dengan cara bekam, madu dan lain-lain adalah perubatan yang terbaik dan mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Sedangkan kita masih ragu-ragu untuk mengamalkannya?

Waallahu `alam

Sunday, November 25, 2012

TITIK BEKAM DIABETES (KENCING MANIS)

Titik Bekam Diabetes (Kencing Manis) – Dalam dunia perubatan, penyakit diabetes atau kencing manis tidak boleh disembuhkan, atau hanya boleh di pertahankan agar tidak kritikal. Sedangkan ada hadits yang menyatakan ”Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.”(Abu Daud dan At-Tirmidzi). Jadi kalau ada doktor memberitahu bahawa diabetes tidak boleh disembuhkan, ianya adalah suatu kebodohan atau ketidaktahuan sahaja. Saya sendiri, yang terjun ke dunia perubatan Islam mencuba mengumpulkan data-data orang yang sembuh dari diabetes “tanpa minum ubat”. Dan alhamdulillah saya menemui 5 orang.

Ada seorang penerbit buku, yang mengindap diabates, gula darah (glukosa) 500 mg/dl, beliau menyatakan telah sembuh hanya dengan bekam. Jadi dia pernah bekam badannya sendiri, tanpa mengetahui titik bekam untuk diabetes, kini diabetes nya telah normal, mungkin yang menjadi beza adalah cuma dia agak sering haus saja. Jadi “dimanakah titik bekam untuk diabetes ?”. Disini akan saya share titik-titik bekam diabetes yang umum dipakai, saya ambil dari rujukan beberapa doktor aktivis bekam. sebenarnya perubatan diabetes dengan bekam adalah pertama sekali anda harus meyakini bahawa diabetes boleh sembuh tanpa menggunakan ubat, cukup hanya dengan terapi bekam, jintan hitam(habbatussauda`) dan semangat jiwa, bersukan, menjaga makan, tidak konsumsi gula putih atau gula pasir, ini sangat membantu. Ada pesakit saya yang gula darahnya 350 mg/dl, 1x terapi bekam, minum jintan hitam, olah raga, menjaga makan, 2 minggu setelah terapi bekam, gula darahnya menjadi 126 mg/dl. sangat cepat bukan?

Titik-Titik Bekam untuk Diabetes :

1. Titik Kepala (Ummu Mughits) adalah titik 2/3 bagian kepala dari depan. Menurut Dr. Al Jufrie bahwa titik bekam kepala ini akan memperbaiki sel pankreas yang rosak. Kerana kebiasaannya pesakit diabetes mempunyai ganguan tidak boleh menghasilkan insulinnya sendiri, insulin ialah hormon yang dapat menukarkan glukosa menjadi tenaga. Untuk bekam kepala, kebanyakannya rambut mesti dipotong dan dicukur, maka bertahun-tahun saya berusaha membuat “alat bekam kepala tanpa cukur” dan akhirnya saya temukan mesin bekam, mesin vacum bekam. Alat ini cocok untuk membekam kepala, kaki dan area sulit. Alat ini dilengkapi dengan pengukur tekanan udara sedutan, sehingga tekanan sedutan boleh disesuaikan. Berikut gambar titik bekam diabates kepala :



2. Titik Bekam Kahil (pundak), Katifain (kiri-kanan pundak) dan Ginjal (ad Dohru). Fungsi nya adalah membuang toksin atau darah rosak yang ada disekitar organ tersebut. Contohnya pada daerah tengkuk (Titik Kaahil) banyak sel darah yang berbentuk ganjil seperti Hypochromasia, Burr, Target, Crenated, Spherocytes, Poikilocytes, Shistocytes, Teardropcelles, dan Acanthocytes. Titik bekam sunnah Nabi(s.a.w) adalah yang terbaik, kerana disitu terletaknya tempat pertemuan aliran darah. Jadi banyak darah yang dapat dikeluarkan. Ini merupakan gambar titik bekam untuk diabetes di bahagian belakang abdomen :



3. Titik belakang lutut, bawah lutut atau atas lutut. Titik ini adalah titik sunnah Nabi(s.a.w) juga. Kadar gula tinggi biasanya menyerang daerah kaki, maka titik ini mewakili titik pengambilan darah kotor di kaki. Titik kaki ini adalah titik yang berpotensi berlakunya penyumbatan pada pesakit diabetes. Berikut gambar titik bekam untuk diabetes bagian kaki :



Demikianlah posting tentang “titik-titik bekam untuk diabetes”. Selain terapi bekam, pesakit sebaiknya diberi herba yang berwarna hitam (kaya zink). Fungsi mineral zink adalah untuk membaiki sel pankreas. Untuk mempermudahkan bekam diabetes, baik proses bekam kepala, atau kaki sebaiknya mengunakan mesin bekam iaitu mesin vacum bekam (bekam kepala tanpa potong rambut) agar proses bekam menjadi lebih mudah. Sumber : http://www.alatbekam.net/