Sekian lama saya meninggalkan dunia penulisan melalui blog dek kerana kesibukan yang menjadi penghalang kini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit perkongsian dalam ilmu perubatan bekam. Para pembaca yang setia, saya ingin menguatkan lagi keyakinan saudara/i tentang hadis yang berbunyi:
Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)
Apa yang kita dapat ambil dari hadis diatas adalah tertumpu pada “kesembuhan”, iaitu kesembuhan sesuatu penyakit boleh berlaku atas sebab seorang pesakit itu berbekam kerana Allah. Penting untuk saudara/i meletakkan kesembuhan itu hak mutlak yang hanya boleh dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang percaya. Dan Allah melalui sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa salah satu cara kesembuhan boleh berlaku dengan cara berbekam.
Bekam merupakan satu kaedah pengubatan yang semakin popular di negara kita ini bahkan kajian-kajian oleh sarjana barat mengenainya telah pun berkembang pesat, dan mereka sedang mengamalkan pengubatan ini seiring dengan pengubatan moden. Mereka mempercayai bekam merupakan cara penyembuhan yang ajaib. Mereka telah mengkajinya dan mereka telah menguasainya melebihi kita ummat islam di Malaysia.
Para pembaca yang budiman, bagaimana mungkin seorang yang tidak mengerti tentang hadis Nabi, dan tidak mempelajari ilmu-ilmu islam, tiba-tiba dengan penuh keyakinan membuka klinik-klinik kesihatan di Amerika dan di negara-negara barat dan mengamalkan pengubatan dengan bekam?. Jika difikirkan, pastinya anda akan mengatakan, ada rahsia yang besar disebalik perubatan itu. Adakah mereka telah mencapai satu keyakinan bahawa bekam telah menjangkaui perubatan-perubatan moden kini?. Hal ini telah terjawab. Doktor Said Syukri(Doktor Pakar THT dari Fakulti Kedoktoran di Universiti Ohio Amerika) berkata: manusia sekarang mengalami berbagai kesengsaraan akibat ubat-ubat kimia. Orang-orang barat mengambil iktibar dari kenyataan ini dan membuat banyak kajian tentang perubatan alternatif dan mendapati perubatan Tibbun Nabawi dengan cara bekam, madu dan lain-lain adalah perubatan yang terbaik dan mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Sedangkan kita masih ragu-ragu untuk mengamalkannya?
Waallahu `alam
No comments:
Post a Comment