Pusat Terapi Al-Aufa NO HP = 0132966257

Sunday, December 8, 2013

::BEKAM::REFLEKSOLOGI::KIROPRAKTIK::
SUNGAI KELADI, PASIR MAS, KELANTAN. NO HP:0132966257

::.. AKAL YANG SIHAT PADA TUBUH YANG SIHAT ..::


HARGAILAH KESIHATAN ANDA SEMOGA KECERDASAN KEKAL BERPANJANGAN 

BERSAMA KAMI DI : 
PUSAT TERAPI AL-AUFA

Rujukan Kesihatan Anda

PERKHIDMATAN TERAPI AL-AUFA

PERKHIDMATAN TERAPI AL-AUFA

1. TERAPI BEKAM UNTUK DARAH TINGGI

2. TERAPI BEKAM UNTUK RESDUNG

3. TERAPI BEKAM UNTUK DIABETIS

4. TERAPI BEKAM UNTUK ATRITIS (GOUT)

5. TERAPI BEKAM UNTUK MIGRAIN

6. TERAPI BEKAM UNTUK TUBUH SIHAT

7. TERAPI BEKAM UNTUK JERAWAT BERNANAH

8. TERAPI BEKAM UNTUK SEMBELIT

9. TERAPI BEKAM UNTUK BUASIR

10. TERAPI BEKAM UNTUK CERDAS MINDA

11. TERAPI BEKAM UNTUK DARAH RENDAH

12. TERAPI BEKAM UNTUK KANSER TAHAP 1 DAN 2

13. TERAPI BEKAM UNTUK HILANG KEBAS

14. TERAPI BEKAM UNTUK STROK

15. TERAPI BEKAM UNTUK PESAKIT SELEPAS KEMALANGAN JALAN RAYA

16. TERAPI BEKAM UNTUK KULIT GATAL

17. TERAPI BEKAM UNTUK SAKIT PINGGANG

18. TERAPI BEKAM UNTUK RABUN

19. TERAPI BEKAM UNTUK RAMBUT GUGUR

20. TERAPI BEKAM UNTUK SIROSIS HATI(PENYAKIT KUNING)

21. TERAPI REFLEKSOLOGI UNTUK KESIHATAN TUBUH SECARA UMUM

22. TERAPI KIROPRAKTIK UNTUK KESIHATAN TUBUH SECARA UMUM

23. TERAPI URUT TRADISIONAL

KAMI JUGA MENJUAL:

1. ALAT BEKAM 12 CUP (1 SET)

2. ALAT AUTO KLIK UNTUK JARUM BEKAM

3. JARUM STERIL

4. MESIN BEKAM TANPA CUKUR RAMBUT

5. SELIPAR REFLEKSOLOGI

PERKHIDMATAN KURSUS ASAS BEKAM

KHUSUS UNTUK PERSATUAN/PERTUBUHAN/NGO/MASJID/PERSENDIRIAN YANG MAHU MEMPELAJARI ILMU TERAPI BEKAM.

SLOT KURSUS MELIPUTI : 1. KENAPA PERLUNYA BEKAM 2. SISTEM IMUN MANUSIA 3. DARAH NORMAL VS DARAH BEKAM 4. PRAKTIKAL BEKAM

MASA KURSUS : 5 JAM BERSAMA

SIJIL DISEDIAKAN

Monday, November 4, 2013

BEKAM, CARA PENYEMBUHAN YANG AJAIB

Sekian lama saya meninggalkan dunia penulisan melalui blog dek kerana kesibukan yang menjadi penghalang kini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit perkongsian dalam ilmu perubatan bekam. Para pembaca yang setia, saya ingin menguatkan lagi keyakinan saudara/i tentang hadis yang berbunyi:

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Apa yang kita dapat ambil dari hadis diatas adalah tertumpu pada “kesembuhan”, iaitu kesembuhan sesuatu penyakit boleh berlaku atas sebab seorang pesakit itu berbekam kerana Allah. Penting untuk saudara/i meletakkan kesembuhan itu hak mutlak yang hanya boleh dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya yang percaya. Dan Allah melalui sabda junjungan Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa salah satu cara kesembuhan boleh berlaku dengan cara berbekam.

Bekam merupakan satu kaedah pengubatan yang semakin popular di negara kita ini bahkan kajian-kajian oleh sarjana barat mengenainya telah pun berkembang pesat, dan mereka sedang mengamalkan pengubatan ini seiring dengan pengubatan moden. Mereka mempercayai bekam merupakan cara penyembuhan yang ajaib. Mereka telah mengkajinya dan mereka telah menguasainya melebihi kita ummat islam di Malaysia.

Para pembaca yang budiman, bagaimana mungkin seorang yang tidak mengerti tentang hadis Nabi, dan tidak mempelajari ilmu-ilmu islam, tiba-tiba dengan penuh keyakinan membuka klinik-klinik kesihatan di Amerika dan di negara-negara barat dan mengamalkan pengubatan dengan bekam?. Jika difikirkan, pastinya anda akan mengatakan, ada rahsia yang besar disebalik perubatan itu. Adakah mereka telah mencapai satu keyakinan bahawa bekam telah menjangkaui perubatan-perubatan moden kini?. Hal ini telah terjawab. Doktor Said Syukri(Doktor Pakar THT dari Fakulti Kedoktoran di Universiti Ohio Amerika) berkata: manusia sekarang mengalami berbagai kesengsaraan akibat ubat-ubat kimia. Orang-orang barat mengambil iktibar dari kenyataan ini dan membuat banyak kajian tentang perubatan alternatif dan mendapati perubatan Tibbun Nabawi dengan cara bekam, madu dan lain-lain adalah perubatan yang terbaik dan mampu untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Sedangkan kita masih ragu-ragu untuk mengamalkannya?

Waallahu `alam

Sunday, November 25, 2012

TITIK BEKAM DIABETES (KENCING MANIS)

Titik Bekam Diabetes (Kencing Manis) – Dalam dunia perubatan, penyakit diabetes atau kencing manis tidak boleh disembuhkan, atau hanya boleh di pertahankan agar tidak kritikal. Sedangkan ada hadits yang menyatakan ”Setiap kali Allah menurunkan penyakit, Allah pasti menurunkan penyembuhnya. Hanya ada orang yang mengetahuinya dan ada yang tidak mengetahuinya.”(Abu Daud dan At-Tirmidzi). Jadi kalau ada doktor memberitahu bahawa diabetes tidak boleh disembuhkan, ianya adalah suatu kebodohan atau ketidaktahuan sahaja. Saya sendiri, yang terjun ke dunia perubatan Islam mencuba mengumpulkan data-data orang yang sembuh dari diabetes “tanpa minum ubat”. Dan alhamdulillah saya menemui 5 orang.

Ada seorang penerbit buku, yang mengindap diabates, gula darah (glukosa) 500 mg/dl, beliau menyatakan telah sembuh hanya dengan bekam. Jadi dia pernah bekam badannya sendiri, tanpa mengetahui titik bekam untuk diabetes, kini diabetes nya telah normal, mungkin yang menjadi beza adalah cuma dia agak sering haus saja. Jadi “dimanakah titik bekam untuk diabetes ?”. Disini akan saya share titik-titik bekam diabetes yang umum dipakai, saya ambil dari rujukan beberapa doktor aktivis bekam. sebenarnya perubatan diabetes dengan bekam adalah pertama sekali anda harus meyakini bahawa diabetes boleh sembuh tanpa menggunakan ubat, cukup hanya dengan terapi bekam, jintan hitam(habbatussauda`) dan semangat jiwa, bersukan, menjaga makan, tidak konsumsi gula putih atau gula pasir, ini sangat membantu. Ada pesakit saya yang gula darahnya 350 mg/dl, 1x terapi bekam, minum jintan hitam, olah raga, menjaga makan, 2 minggu setelah terapi bekam, gula darahnya menjadi 126 mg/dl. sangat cepat bukan?

Titik-Titik Bekam untuk Diabetes :

1. Titik Kepala (Ummu Mughits) adalah titik 2/3 bagian kepala dari depan. Menurut Dr. Al Jufrie bahwa titik bekam kepala ini akan memperbaiki sel pankreas yang rosak. Kerana kebiasaannya pesakit diabetes mempunyai ganguan tidak boleh menghasilkan insulinnya sendiri, insulin ialah hormon yang dapat menukarkan glukosa menjadi tenaga.


2. Titik Bekam Kahil (pundak), Katifain (kiri-kanan pundak) dan Ginjal (ad Dohru). Fungsi nya adalah membuang toksin atau darah rosak yang ada disekitar organ tersebut. Contohnya pada daerah tengkuk (Titik Kaahil) banyak sel darah yang berbentuk ganjil seperti Hypochromasia, Burr, Target, Crenated, Spherocytes, Poikilocytes, Shistocytes, Teardropcelles, dan Acanthocytes. Titik bekam sunnah Nabi(s.a.w) adalah yang terbaik, kerana disitu terletaknya tempat pertemuan aliran darah. Jadi banyak darah yang dapat dikeluarkan. Ini merupakan gambar titik bekam untuk diabetes di bahagian belakang abdomen :



3. Titik belakang lutut, bawah lutut atau atas lutut. Titik ini adalah titik sunnah Nabi(s.a.w) juga. Kadar gula tinggi biasanya menyerang daerah kaki, maka titik ini mewakili titik pengambilan darah kotor di kaki. Titik kaki ini adalah titik yang berpotensi berlakunya penyumbatan pada pesakit diabetes. Berikut gambar titik bekam untuk diabetes bagian kaki :



Demikianlah posting tentang “titik-titik bekam untuk diabetes”. Selain terapi bekam, pesakit sebaiknya diberi herba yang berwarna hitam (kaya zink). Fungsi mineral zink adalah untuk membaiki sel pankreas. Untuk mempermudahkan bekam diabetes, baik proses bekam kepala, atau kaki sebaiknya mengunakan mesin bekam iaitu mesin vacum bekam (bekam kepala tanpa potong rambut) agar proses bekam menjadi lebih mudah.


Translation Indonesia - Malay
 Sumber : http://www.alatbekam.net/

Sunday, October 9, 2011

Pengenalan dan Sejarah Bekam

Ilmu perubatan adalah satu ilmu yang sangat luas yang perlu dikaji dari semasa ke semasa akibat daripada timbulnya pelbagai penyakit baru yang tidak diketahui ubatnya. Perubatan moden telah membawa kesan yang amat besar keatas semua orang diseluruh dunia. Samaada kesan dari segi kebaikan atau keburukan perubatan itu sendiri. Sudah menjadi tanggungjawab manusia yang memang dianugerahkan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah atau penyakit yang timbul. Sememangnya setiap penyakit pasti ada ubatnya sebagaimana hadis telah menyebut:

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”
(Abu Daud)

Dan menjadi tugas pengkaji untuk menyelidik dan mencari jawapan keatas persoalan dan permasalahan yang baru timbul atau berulang-ulang. Dunia perubatan hari ini telah memilih ubatan kimia yang berasaskan dadah sebagai perubatan yang diberi nama perubatan moden dengan menyisihkan perubatan-perubatan jenis lain dan dinamakan sebagai perubatan alternatif. lalu timbullah isu penyakit ini dan ini tidak ada ubatnya. Sehingga ada pesakit yang berputus asa atas doktrin yang telah lama terbenam dalam benak hatinya lalu melupakan kalimah yang keluar dari hadis-hadis Rasulullah dan juga ayat-ayat suci Al-Quran.

Demikian adalah ajaran Baginda Rasulullah yang mana telah melafazkan kata-kata seperti berikut.

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Jelas dalam agama yang menyeluruh ini telah memberi panduan kepada penganut-penganutnya demi menjaga kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam ilmu perubatan. Sejauh mana kebenaran hadis ini adalah menjadi persoalan biasa yang perlu dihurai untuk meyakinkan seluruh masyarakat tentang perubatan yang telah digariskan dalam islam ini.

Justeru itu, saranan ini perlu dikaji bahkan telah dikaji oleh ramai saintis termasuklah yang bukan muslim dengan rasa tanggungjawab untuk mencari apakah perubatan yang terbaik.

Kajian tidak sepatutnya berkisar terlalu sempit didalam perubatan alopati. Sehinggakan terlalu banyak permasalahan penyakit sehinggakan emberi tekanan kepada pakar-pakar perubatan moden. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Doktor Helena Abdullah(1997) dalam bukunya, perubatan moden bersama dengan peradaban barat mempengaruhi kehidupan kita samaada dalam bentuk fizikal atau spiritual. Beliau juga menjelaskan tentang perlunya kita kembali kepada perubatan tradisional yang telah diketepikan sekian lama akibat daripada kesan sampingan perubatan moden, bahana dadah dan antibiotik.



Maksud bekam

Bekam merupakan salah satu warisan perubatan Islam yang dianjurkan oleh Rasullullah s.a.w. Mengikut definisi yang diberikan oleh Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar(2010), dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, bekam adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.
Menurut kamus dewan pula, bekam ialah mengeluarkan darah dari tubuh seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelengkupkan pada tempat yang dibedah itu.
Menurut Dr. Helena (1997) dalam bukunya, bekam dalam bahasa Arab dikenali sebagai Al-Hijamah atau Cupping dalam bahasa inggeris yang bermaksud satu kaedah pembersihan darah atau angin dengan megeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buloh, gelas atau yang paling moden dengan mengunakan alat vakum moden yang bersih dan suci.


Sejarah Bekam

Bekam telah wujud sejak zaman Tamadun Mesir Kuno lagi sebagaimana yang telah ditulis dalam jurnal “Chronic Stress In Unani Prospektive” petikan (U.Jahangir, etc.2007). Dalam jurnal tersebut menyatakan kaedah perubatan tamadun tersebut adalah satu prospektif perubatan yang terbukti berkesan merawat stres semenjak zaman Hippocrates (460-377 SM) 3000 tahun dahulu dan juga menyatakan pakej perawatan yang digunakan adalah seperti hidroterapi, urutan, terapi muzik, veinsection, sauna, ubat-ubatan termasuklah kaedah rawatan bekam.

Teori perubatan tamadun ini mengamalkan perawatan yang menyeluruh terhadap pesakitnya. Perawatan ini diformulasikan oleh Hippocrates(Helena,1997) Teori ini seterusnya telah digubah oleh tamadun Greek, Rom, Mesir, Babylon dan Arab. Gubahan seterusnya telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji dari India dan China. Oleh itu, boleh dikatakan, perubatan tamadun dahulu telah menjadi revolusi dimana didalamnya terkandung seluruh pengetahuan ilmu perubatan dari pelbagai tamadun.
Hippocrates merupakan seorang pakar perubatan yang berasal dari Greek, Yunani. Beliau digelarkan "Bapa Perubatan" kerana kepakarannya dalam bidang perubatan dan telah menghasilkan formula-formula baru pada zaman beliau. Beliau ialah salah seorang pakar perubatan Yunani yang paling terkenal pada zamannya. Karya yang dikatakan tulisanya iaitu Corpus hippocraticum, atau "Karya-karya Hippocrates" menolak kepercayaan karut dan beliau merupakan mengasaskan perubatan sebagai satu cabang sains (Harry E,1964)

Ilmu perubatan yang diformulakan oleh Hippocrates kemudiannya tersebar luas dan berpindah dari tamadun ke tamadun yang seterusnya. Pengaruh perubatan Greek ini bertapak pula di Rome Purba seawal zaman Celsus (53 SM – 7 M). Pengaruh yang kuat dengan kejayaannya dalam menyembuhkan penyakit menjadikan persepsi masyarakat pada masa itu sebagai ‘penawar segala penyakit’.

Kira-kira pada abad yang ke 7 M, tapak-tapak tamadun gemilang telah mulai runtuh yang disebabkan oleh peperangan, penyakit yang merebak melanda masyarakatnya dan serangan puak Barbarian yang merentas pergunungan Alps, lalu menyerang Itali dan meruntuhkan empayar Rom. (Ismail Saad et al.1985)

Kemegahan dan kecemerlangan ilmu pada zaman kegemilangan kerajaan Rom selepas itu terhapus dan hanya dipelajari di gereja tertentu sahaja dalam keadaan yang amat daif. Kemajuan fikiran perubatan yang berasaskan prinsip-prinsip penganalisaan dan pengalaman dibentuk dari konsep aliran hippocrates serta diperkembangkan oleh tamadun-tamadun selepas tamadun Greek telah lumpuh. (Ismail Saad et al.1985)
Syria memainkan peranan yang sungguh berjasa kerana menjaga dan memelihara pemikiran ilmu perubatan berasaskan Hippocrates ini. Mereka menterjemah karya-karya perubatan tersebut kepada bahasa Syria dan seterusnya mengembangkannya dari Syria ke Mesopotamia. (Ismail Saad et al.1985)

Setelah ditindas oleh kerana kepercayaan keagamaan mereka dan diusir dari Syria mereka berhijrah ke negara Parsi pula yang menjadi tempat tertubuhnya suatu pusat pengajian perubatan yang bertapak di Jundishapur. Pusat inilah yang menjadi tapak pendidikan perubatan pada masa itu. Pusat ini telah mendidik doktor-doktor yang ternama seperti yang ternama seperti tokoh-tokoh dari keluarga Bakhitischu, Hunain, Mesue, dan lain-lain dan mereka ini berhijrah pula ke baghdad setelah pusat pendidikan perubatan di Jundishapur merosot pada abad ke-9 M.

Setelah terbina pusat perubatan di Jundishapur, ilmu perubatan yang diformulakan oleh Hippocrates tadi tersebar dengan meluasnya sehingga ke Semenanjung Tanah Arab. Dikata pusat perubatan ini merosot apabila kerajaan islam berjaya menawan Rom dan Parsi. Seterusnya perubatan ini berpusat di Kota Baghdad yang terletak di Madinah, iaitu negara islam pertama. Buku-buku perubatan aliran Hippocrates diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab dan menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu (Ismail Saad et al.1985). Peristiwa ini telah menjadikan pusat perubatan di kota Baghdad lebih menjadi tumpuan berbanding pusat perubatan di Jundishapur tambahan pula dengan tersebarnya ajaran islam ke seluruh dunia.

Bekam berasal daripada perubatan kuno Greek, akan tetapi ia lebih terkenal dengan perubatan islam. Ini mungkin kerana ajaran islam telah meletakkan perawatan dengan berbekam sebagai suatu keutamaan. Banyak hadis-hadis yang tertulis dalam kitab-kitab lama seperti sahih bukhari, sahih muslim, sunan ibnu majah, sunan an-nasa`i, sunan abu daud, dan banyak lagi yang menjadi rujukan kedua umat islam selepas Al-Quran menyuruh berbekam. Petikan hadis yang lebih tepat dalam sunan Ibnu Majah iaitu:

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., beliau berkata:
"Rasulullah saw pernah menyampaikan sebuah hadis tentang malam di mana baginda s.a.w. diperjalankan bahawa baginda s.a.w. tidak melalui sejumlah Malaikat melainkan mereka semuanya menyuruh baginda s.a.w. dengan mengatakan 'Perintahkanlah umatmu untuk berbekam".
(Sunan Ibnu Majah, Kitab Ath-Thibb, 3477. Hadis shahih)

Manakala hadis yang hampir sama juga ada ditemui dan diriwayatkan oleh Para Sahabat Baginda Rasulullah s.a.w iaitu:

Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidaklah aku melalui satu dari langit-langit yang ada melainkan para Malaikat mengatakan 'Hai Muhammad, perintahkan umat mu untuk berbekam, kerana sebaik-baik rawatan yang kalian gunakan untuk berubat adalah berbekam"
(Kasyul Astaar 'an Zawaa-idil Bazar)