Pusat Terapi Al-Aufa NO HP = 0132966257

Sunday, November 23, 2014

RAWATAN BEKAM BAGI MENGATASI DIABETES (KENCING MANIS)

DIABETES

Diabetes atau Diabetes Mellitus adalah penyakit yang ditunjukkan oleh peningkatan paras gula dalam darah akibat kelemahan pankreas dalam menghasilkan insulin(hormon untuk menurunkan kembali paras gula dalam darah) atau insulin tidak dapat diserap kedalam sistem peredaran darah kerana berlaku penyumbatan pada reseptornya. Atau boleh jadi kedua-duanya sekali.

ANATOMI PANKREAS




JENIS-JENIS DIABETES

  •  Diabetes jenis pertama : Biasanya terjadi pada orang yang berusia muda dan jarang terjadi pada orang yang berusia lanjut. Pada umumnya, penyakit ini muncul pada orang-orang yang berbadan kurus. Kadar insulin yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas biasanya sedikit dan disertai dengan lemahnya tidakan sel-sel beta di langerhans pada pankreas untuk menghasilkan insulin. Penderita diabetes jenis ini memerlukan suntikan insulin dari luar. Dalam beberapa kajian menunjukkan sel-sel beta pada langerhans ini menjadi lemah akibat daripada jangkitan virus dan beberapa undur kimia.
  • Diabetes jenis kedua :  Biasanya lebih ringan berbanding jenis pertama. Pada umumnya terjadi pada orang yang telah lanjut usia. Umumnya diabetes jenis ini tidak diketahui penyebabnya.
Baki daripada hasil metabolisma usus (visceral metabolites) yang terenap di vena portal menyebabkan metabolisma hati menjadi lambat dan meningkatkan kadar glukosa yang keluar daripadanya. Ini akan menyebabkan kadar glukosa meningkat dalam darah.

SIMPTOM-SIMPTOM DIABETES

# kerap membuang air kecil
# meningkatnya rasa lapar
# meningkatnya rasa haus
# jika dibiarkan berterusan, boleh memberi kesan kepada salur darah, retina mata dan ginjal.
# kekebasan
#kelemahan seksual

Titik Bekam 

Boleh dibekam di titik organ yang terlibat, titik merian bagi hati, hempedu dan usus, dan juga bekam titik umum sangat membantu dalam proses penyembuhan.

proses ulangan sangat penting dalam rawatan bekam. 

InsyaAllah, semoga para persakit diabetes yang membaca artikel ini menemui jalan pengubatan terbaik untuk penyakitnya, dan sudah pasti ianya adalah dengan cara berbekam kerana asas keyakinan itu terletak pada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik:

Sesungguhnya cara pengubatan yang paling baik untuk kalian adalah dengan berbekam.


PASTIKAN ANDA BERBEKAM DENGAN TITIK BEKAM YANG BETUL, AGAR PENYAKIT CEPAT SEMBUH.

PENGARAH,
Pusat Terapi Al-Aufa
17500 Tanah Merah,
Kelantan
0132966257

RAWATAN BEKAM UNTUK MENGATASI MASALAH SUKAR TIDUR

SUKAR TIDUR

Sukar tidur atau insomnia adalah suatu penyakit dimana seseorang sukar untuk tidur, dan mudah terjaga daripada tidurnya sehingga menyebabkan kerehatan tidak terjadi.

Penyebab yang paling kerap menimbulkan kesukaran untuk tidur adalah stress yang melampau. ada juga yang tidak dapat tidur disebabkan terbiasa tidak terus tidur ketika tibanya waktu tidur, mungkin disebabkan oleh banyak perkerjaan atau ketagihan dengan media sosial zaman moden kini seperti whatsapps, telegram, facebook dan sebagainya sehingga seseorang itu terbiasa tidak tidur malam.


Perubahan waktu tidur juga menyebabkan insomnia, sebagai contonya, pekerja yang berkerja shift malam, sudah pastinya mereka tidak tidur pada malam hari ia bekerja, dan menggantikan tidurnya pada waktu siang hari.

Titik Bekam

Titik yang tepat untuk pengubatan dengan bekam adalah terletak di tapak kaki bahagian yang dekat dengan tumit, perbatasan antara lekukan dengan bahagian yang menonjol dari tapak kaki. ini merupakan titik yang baik untuk masalah kesukaran tidur. namun jika sukar untuk berbekam dibahagian ini, boleh juga dibekam di pergelangan tangan, naik keatas 2 jari(dekat dengan nadi)

PASTIKAN ANDA BERBEKAM DENGAN TITIK BEKAM YANG BETUL, AGAR PENYAKIT CEPAT SEMBUH.

PENGARAH,
Pusat Terapi Al-Aufa
Jalan Hospital,
17500 Tanah Merah
Kelantan
0132966257

RAWATAN BEKAM UNTUK MELANCARKAN AIR SUSU IBU(ASI)

Air Susu Ibu Tidak Lancar

Bayi yang baru lahir perlu mendapatkan Air Susu Ibu yang cukup daripada ibunya. Air susu ibu penting untuk memastikan imuniti si ibu dapat mengalir masuk ke dalam badan bayi melalui proses penyusuan.

Kadang-kadang, ASI boleh langsung tidak keluar atau hanya keluar sedikit. Untuk memperlancarkan ASI, biasanya si ibu akan mendatangi tukang urut. Namun, rawatan bekam juga baik untuk merawat masalah ASI tidak lancar.

Titik Bekam

Boleh dibekam di bahagian tengah dada,

Dipusat rawatan kami, insyaAllah, Tabibah Fa akan mengendalikan rawatan sepenuhnya :)

PASTIKAN ANDA BERBEKAM DENGAN TITIK BEKAM YANG BETUL, AGAR PENYAKIT CEPAT SEMBUH.


PENGARAH,
Pusat Terapi Al-Aufa
Jalan Hospital,
17500 Tanah Merah
Kelantan
0132966257

RAWATAN BEKAM UNTUK KEMANDULAN

KEMANDULAN

Kemandulan atau kegagalan untuk menghasilkan benih(sperma dan ovum) boleh berlaku samaada pada lelaki atau wanita. Satu pasangan yang masih tidak memperoleh cahaya mata setelah berhubungan suami isteri dalam tempoh melebihi setahun tanpa melakukan pencegahan kehamilan bererti mereka mengalami masalah ketidaksuburan.

Kemandulan mungkin disebabkan dari pihak suami atau isteri atau kedua-duanya, atau tidak diketahui sama sekali penyebabnya(bukan dari suami atau dari isteri).

Penyebabnya sangat banyak, mungkin kerana faktor stress, gangguan organ pembiakan dan lain-lain.

Titik Bekam

Boleh dibekam di bawah pusat dengan mengukur 2 - 3 jari dari pusat.

Untuk mendapatkan rawatan bekam dengan titik yang tepat, datanglah ke tempat kami, buat temujanji dulu ya. :)

Semoga kalian di kurniakan cahaya mata dengan segera. ameen

PASTIKAN ANDA BERBEKAM DENGAN TITIK BEKAM YANG BETUL, AGAR PENYAKIT CEPAT SEMBUH.


PENGARAH,
Pusat Terapi Al-Aufa
Jalan Hospital,
17500 Tanah Merah
Kelantan
0132966257

Saturday, November 22, 2014

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT KEPALA

SAKIT KEPALA 

Sakit kepala atau sefalgia adalah rasa sakit atau rasa tidak selesa yang terjadi di bahagian kepala dan kadang-kadang merebak ke wajah, gigi, rahang, leher, mata, hidung, atau telinga. Keluhan seperti rasa tidak selesa, rasa berat, menusuk-nusuk atau berdenyut yang boleh diikuti dengan mual, muntah dan wajah kemerahan.

Titik Bekam 

Dapat dilakukan bekam dikanan atau dikiri tengkuk, ditengah-tengah antara batas rambut bahagian belakang dan telinga bahagian bawah. Iaitu pada pertengahan hujung otot Sternokleidomastoideus dan otot Trapezius.

Titik ini sangat baik untuk dibekam, kerana merupakan pertemuan banyak saraf kepala, salur darah dan pertemuan otot-otot penting leher dan kepala. Selain itu, juga dapat meningkatkan chi dan aliran darah melingkari titik ini.

PASTIKAN ANDA BERBEKAM DENGAN TITIK BEKAM YANG BETUL, AGAR PENYAKIT CEPAT SEMBUH.


PENGARAH,
Pusat Terapi Al-Aufa
Jalan Hospital,
17500 Tanah Merah
Kelantan
0132966257